orang kata sabar itu separuh dari iman....itulah kata - kata ustaz bila kita ditimpa musibah dan masalah.sebagai seorang muslim itu betul dalam islam kita tidak boleh menidakkan kata2 tersebut.aku yakin itu semua tapi apa yang berlaku pada aku berbeza dengan orang normal lain. aku tidak boleh tidur malam setiap kali memikirkan masa depan aku yang tidak cerah orang lain atau adik -beradik ku dan teman-teman ku yang lain.bagi mak dan ayah pula mereka paham dengan keadaan aku yang masih lagi menganggur dan tidak mendapat perkerjaan sehingga hari ini.mereka tahu bahawa aku telah berusaha untuk mendapatkan perkerjaan dengan mengisi perbagai form dan menghantar resume di mana2 ada iklan jawatan kosong.tapi sayang masih belum berhasil.ade juga satu dua syarikat dan jabatan kerajaan yang memanggil aku utuk temuduga tapi belum apa-apa dia orang kata aku tidak layak untuk jawatan tersebut dengan pelbagai alasan yang diberikan ade yang kata masalah komunikasi aku tak lancar,ade juga yang ata aku tak boleh buat kerja akan diberikankan oleh mereka dan ade pulak yang kata kerja nie terlalu berat.sebab aku mampu le buat kerja tu tu pasal le aku mohon kalu tak takde le aku nk mohon...yang sebenarnye adalah aku seorang oku fizikal tu le yang mereka tak nak ambil aku berkerja aku memang ade masalah komunikasi tu pun bila aku rasa gugup dan rasa takut tapi aku merasakan komunikasi bukanlah satu alasannye kerana kerja tidak perlukan mulut tapi menggunakan tangan.dan aku akui keadaan fizikal dan pergerakkan ku yang lemah tapi itu juga bukan satu alasan ini kerana ade kerja yang tidak memerlukan pergerakkan yang banyak..alasan yang sebergini lah aku tidak boleh terima dan bergitu juga oku yang berada diluar sana.
No comments:
Post a Comment