Friday, November 6, 2009

waktu

seminggu yang lalu aku kursus baikpulih dan penyelenggaraan komputer ,macam - macam aku dapat satu info cam mana nak pecahkan password orng he...... aku dah cuba dah jadi siot ..nie kalu korang ada maklumat cam mana nak virus kongsi la dengan aku ckit aku dah lama nak wat virus untuk jadi hecker/penggodam..... aku nie bengap ckit dulu bapa aku suruh aku belajar aku tk nk .la nie baru nak cari maklumat....

Wednesday, October 28, 2009

Beri Perhatian Serius

pembangunan Infrastutur Untuk Golongan OKU

Pembangunan Infrastuktur perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta.penyediaan Infrastuktur seperti ram , pemegang tangga. tandas dan lain - lain lagi amat penting untuk golongan Ini bergeak.kadang- kadang oku susah untuk keluar rumah kerana faktor yang menyukarkan untuk oku bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain .selain itu juga pembinaan masjid disesetengah tempat yang dibina tidak mesra oku dimana tiada kemudahan khas untuk oku .ini menyulitkan golongan oku untuk beribadat didalam masjid seperti tiada ram ,pemengang tangga ,tempat khas untuk mengambil air sembayang dan lain-lain lagi .dengan ini saya berharap penyediaan Infrastuktur yang lengkap untuk golongan oku dapat disediakan dan penguatkuasaan perlu diberi perhatian oleh pihak berwajid bagi sesebuah pembangunan bangunan agar menyediakan kemudahan - kemudahan yang lengkap untuk golongan OKU.

Tuesday, October 27, 2009

Mohon Pekerjaan

Akhyar Razak B Bahtiar
N0 30,Parit Serong,
Kg Sg Hj Muhammad
36200 Selekoh
Perak
-------------------------------------------------------------------------------------Kepada Sesiapa yang Berkenaan. 27.10.2009

tuan,

Memohon Perkerjaan.
-----------------------
adalah dirujuk seperti perkara diatas ,2. untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya adalah bekas pelajar ILP kangar dalam bidang Teknologi Maklumat (Sistem Rangkaian Komputer) dan seorang oku .selain itu juga saya mempunyai Pengalaman berkerja Selama1 tahun di pejabat kebajikan masyarakat sebagai phidmat pelatih dan 4 tahun di Medan Info Desa Kg Sg Hj Muhammad Sebagai Pembantu Jurulatih3. bersama-sama ini saya sertakan resume dan butiran peribadi saya dan berharap agar pihak tuan dapat memberikan peluang perkerjaan kepada pihak saya dan saya akan berkerja dengan bersungguh-sungguh.


yang benar,


Akhyar Razak B Bahtiar

pendapat teman

pertama kali aku dengar pm kita baca ucapan belanjawan negara tu ,saya terpegun lah juga dengar dia baca satu persatu belanjawan negara tu tapi bagi saya kita ada peruntukkan khusus untuk pembangunan OKU.pada masa kini sudah masanya bagi kita semua memberi perhatian serius terhadap pembangunan OKU melangkaui pembanguan pendidikan dan Kemahiran,pembanguan sumber manusia (perkerjaan untuk golongan OKU), Pembngunan infrastruktur ,Pebangunan Rohani dan mentel,pembangunan sukan dan lain - lain lagi .Pihak Kerajaan Seharusnya Mengujudkan satu program Berkesan Untuk membolehkan oku lebih berdaya saing dan berupaya untuk berdikari untuk mereka melalui hidup yang lebih mencabar pada masa akan datang .selain itu juga saya juga berharap kementerian pembanguan wanita,keluaraga dan masyarakat menubuhkan jabatan pembangunan OKU seperti jabatan Pembangunan Wanita.Dengan penubuhan jabatan Pembangunan oku yang diwujudkan ia merencana semua aktiviti pembangunan oku untuk satu jangka masa panjang seperti contohnya pembangunan sumber Manusia untuk OKU .melalui jabatan ini ia boleh mengadakan seminar-seminar,dialog-dialog,menjadi orang pengantara dan mendapatkan khidmat nasihat untuk oku dan syarikat - syarikat atau jabatan kerajaan bagi pengambilan pekerja oku yang mempunyai pendidikkan dan kemahiran

Wednesday, October 21, 2009

pendapat aku lagi

setiap orang yang berkerja tidak terlepas daripada mencuri .yang aku maksudkan adalah bukan curi barang tapi curi masa .dikalangan sektor penjawat awam lagi banyak sepatutnya dia orang kena sedar bawahawa gaji yang diorang dapat tu dari duit rakyat tApi diaorang kerja semua serupa tak berkerja itu yang aku tak tau tu ada yang pergi shopping time waktu kerja , ada yang melepak kat kedai kopi dari pukul 8.00 pg sampai pukul 12.00 , ada yang balik awal macam office tu dia buat macam dia punya.....entahlah perdana menteri sibuk le dengan kpi tapi orang orang yang nak mencapai matlamat kpi tu langsung tak mencapai matlamat yang nak di capai. gaji dia orng jalan juga kat sinilah silapnya sepatutnya ketua@ jabatan kena kawal diaorang punya kakitangan dan jabatan2 kerajaan perlu ikut contoh kakitangan di sektor swasta yang memb erikan komitmen terhadap kerja - kerja yang amanahkan pada dia orang bukan biarkan aje .apa-apa hal pun korang pikir le sendiri.siapa-siapa yang baca blog aku ne dan terasa aku kata padan muka korang hee.....heee....heee..............mintak korang ubah le jangan sebab korang esok rakyat tak pi undi

Monday, October 19, 2009

pendapat aku

semalam satu kemenangan buat pakatan rakyat akhir nya dato najib mengumumkan 16 sept sebagai cuti umum bagi hari pembentukkan malaysia .pada tahun lepas pihak pakatan rakyat mengumumkan cuti pada 16 sept bagi negeri - negeri yang dikuasai oleh mereka pemimpin -pemimpin dikalangan parti pemerintah hanya hanya senyum dan membatu saja tapi kali ini pakatan rakyat pula tersenyum dan ketawa besar kerana ini adalah satu lagi program penyatuan kaum yang di ceduk dari pihak pakatan rakyat oleh parti pemerintah . jadi korang pikirlah sendiri

Tuesday, October 13, 2009

esok genap lah usia aku 30 TaHuN cause esok adalah hari jadi aku entahlah aku pun tak tahu apa nak jadi kat hidup aku dengan kerja tak dapat lagi dan macam - macam lagi yang aku kena fikirkan susah betul untuk aku dapat kerja TETAP.apapun aku kena laluinya dengan penuh kesabaran dan kecekalan hidup . nie lah aku ........mati susah hidup pun susah.
gMbR KaT ILP Kangar

gambar waktu study kat bangi

gamabar masa raya kat rumah makcik aku kat Indonesia

Sunday, October 11, 2009

Pendapat Aku aje.......Ye

ok lah kita mula dengan bencana alam iaitu gempa bumi di Kota Padang Indonesia . aku sebenornya bersimpati kat pelajar - pelajar kita yang menjadi mangsa korban gempa sebab tak dapat sambung pelajaran mereka seharusnya kita semua membantu pelajar - pelajar kita nie untuk membiayai kos pengajian mereka dimana - mana Kolej perubatan Kita .kita tak perlu hantar pelajar - pelajar kita ke sana lagi sebab dia orang tak nak terima pelajar - pelajar kita yang dia orang nak adalah duit kita aje ....... seharusnya kita sebagai bangsa malaysia kena perihatin terhadap rakyat dalam negara nie

Monday, September 28, 2009

Mohon Perkerjaan

Akhyar Razak B Bahtiar
N0 30,
Parit Serong,
Kg Sg Hj Muhammad
36200 Selekoh Perak
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada Sesiapa yang Berkenaan. 28.09.2009

tuan,

Memohon Perkerjaan.
-----------------------
adalah dirujuk seperti perkara diatas ,
2. untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya adalah bekas pelajar ILP kangar dalam bidang Teknologi Maklumat (Sistem Rangkaian Komputer) dan seorang oku .selain itu juga saya mempunyai Pengalaman berkerja Selama1 tahun di pejabat kebajikan masyarakat sebagai phidmat pelatih dan 4 tahun di Medan Info Desa Kg Sg Hj Muhammad Sebagai Pembantu Jurulatih
3. bersama-sama ini saya sertakan resume dan butiran peribadi saya dan berharap agar pihak tuan dapat memberikan peluang perkerjaan kepada pihak saya dan saya akan berkerja dengan bersungguh-sungguh.

yang benar,
Akhyar Razak B Bahtiar

Sunday, September 27, 2009

kira sambung cerita tentang aku

hidup tak segan mati tak nak....... itu lah perpatah yang boleh diungkapkan pada aku entah kerja sampai sekarang pun masih belum dapat - dapat lagi susah betul .untuk pengetahuan korang semua dah banyak permohonan yang aku antar tapi masih lagi beluh dapat jawapan susah betul jadi oku nie.kadang - kadang aku terfikir juga kalau nak kan kemahiran aku pun ada kemahiran tapi bila aku pi temuduga dia orang tanya tentang pengalaman kerja kalu dah tak de syarikat atau jabatan kerajaan yang nak amb il oku nie berkerja macam mana nak ada pengalaman kerja .nie lagi ada orang kata aku pilih kerja .untuk pengetahuan aku sebenarnya memanglah pilih kerja sebab nak kan kesesuaian dengan keadaan fizikal aku nie yang cacat kalu aku normal macam korang tu dan sihat dah lama dah aku buat kerja-kerja mat - mat indon,bangla dan pendatang -pendatang yang lain tu.untuk pengetahuan korang aku kerja kat kampung cuam dapat gaji RM200.00 aje tu pun part time.tanpa ada Potongan kwsp ,sosco dan potongan-potongan yang lain tu ...entahle apa nak jadi ngan akupun aku tk tau......kalu korong ada jobs atau kerja bagi lekat aku nie.pening kepala aku cari kerja aku pun nak berjaya jugak macam korang semua